Tuesday, April 10, 2012

Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?



Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA




Si isteri bertanya kepada suaminya...

Isteri : kenapa abang cintakan saya?
Suami : saya tak ade alasan
Isteri tidak puas hati lalu berkata
"...tidak, awak kena bagi alasan jugak.."
lalu si suami pun menjawab,
"...okay sayang, saya sayang awak sebab awak sangat cantik, penyayang dan menarik.."
Isteri tersenyum puas dengan jawapan suaminya..
pada suatu hari, si isteri telah jatuh sakit dan dia kelihatan sangat kurus, pucat dan lemah
Isteri : awak masih cintakan saya..??
Suami : sekarang awak dan kurus, pucat dan lemah..masih ada alasan lagi untuk saya cintakan awak??
Si isteri menangis mendengar pertanyaan suaminya...
lalu si suami memegang tangannya dan berbisik...
"..sekarang awak dah faham kan..?

"CINTA tidak perlukan ALASAN.. saya tetap akan cintakan awak walau dalam apa jua keadaan.."

No comments:

Post a Comment