Sunday, July 24, 2011

~adkH kaMu tHU~

kamu tahu apa musuh paling besar manusia?
dadah?
dajal?
hasad dengki?
cemburu?
syaitan?
semua itu bukan.
musuh paling besar manusia adalah nafsu manusia itu sendiri, yakni diri kamu sendiri.


pernah kamu berjaya melawan nafsu apabila kamu ternampak barangan yang kamu sekian lama idami berharga ratusan ringgit tiba-tiba menjunam menjadi puluhan ringgit setelah diberi potongan harga sebanyak 70% diskaun? walaupun kamu sudah memiliki dua di rumah dan barangan itu sendiri tidak lah menjadi keperluan kamu ketika itu dan wang yang digunakan sepatutnya untuk membeli barangan keperluan.


itu lah nafsu, bila kehendak lebih utama dari keperluan.


tetapi nafsu untuk membeli dan memiliki perkara-perkara yang kamu ingini dalam hidup tidak sehebat nafsu terhadap manusia berlainan jantina. nafsu ini yang paling hebat. tambahan jika hati dan fikiran sudah berpusat dan mahu menyerahkan bulat-bulat segalanya pada insan tercinta, tanpa memikirkan bahawa ada manusia lain yang lebih penting dalam hidup yang lebih menyayangi diri.


teman lelaki adalah segala-galanya. dia lah permata. sanggup meredah bara api, tujuh lautan, gunung ganang bahkan jika ada lapan naga sekalipun melintas, dia tidak gentar.
datanglah bah dan ribut taufan, semua sanggup diharungi asalkan dapat bersama dengan insan tersayang. kemaruk dan mabuk kepayang dalam percintaan menyebabkan sanggup berfikir mahu menyerahkan segalanya atas bukti cinta yang maha agung termasuklah mahkota yang paling beharga.


jika kamu budak kecil yang berumur 3 tahun , mungkin orang lain akan cakap kamu belum akil baligh, belum mumayyiz, belum tahu fikir yang mana baik yang mana buruk.


tetapi kamu sudah lebih 16 tahun, sudah tahu bezakan apa itu zina dan rogol.
zina, kamu rela.rogol, kamu dipaksa. 

cinta kerana rupa dan luaran bukanlah cinta, tetapi nafsu semata-mata.

ketika bercinta semua indah belaka. kandang kuda pun akan menjadi syurga.

cinta bagi ku hanya aku yang tahu apa rasanya. bila jantung kamu berdegup dari pagi sampai ke malam hanya dengan mendengar nama nya sahaja, kamu tahu itu adalah cinta. dan bila kamu melihat dia senyum, kamu terasa mahu terbang keluar dari galaksi Bima Sakti ini ke galaksi lain, itu adalah cinta. dan, arghhh tidak perlu lagi aku cerita, kerana kamu tahu apa makna nya cinta , apabila kamu sendiri yang rasa

No comments:

Post a Comment